Tindakan susulan Operasi Lalang

Peristiwa ini dijadikan alasan oleh kerajaan untuk mengetatkan dan menyekat kebebasan berpolitik dan bersuara. Akta Mesin Cetak dan Penerbitan diperkenalkan di mana pencetak dan penerbit perlu memperbaharui lesen setiap tahun. Jika mana-mana lesen dibatalkan, ia tidak boleh dicabar di mahkamah. Penerbit boleh dipenjara sehingga 3 tahun jika menyiarkan 'berita palsu' . Pindaan Akta Polis iaitu perkumpulan politik termasuk mesyuarat agung parti mestilah mendapat permit polis. Jika menyalahi Akta Polis, boleh didenda RM10,000 dan penjara satu tahun.[3][4][5]